Tuesday, January 18, 2011

Macam-macam Karenah Manusia


SELASA : 18 JANUARI 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Syukur alhamdulillah , saya masih diberi peluang untuk menulis lagi dalam blog "abang superhero" ini. Sejak dipublish dari malam tadi , hampir berpuluh-puluh komen,cadangan dan pandangan bertali arus menyatakan tanda sokongan dan dorongan kepada saya agar terus menulis dan menyampaikan idea terhadap sesuatu perkara .

Tergelak sendiri saya , apabila berkesempatan untuk memberi dan menerima balas komen dari rakan Facebook (FB) membincangkan isu topik berkaitan "mahasiswa tidak perlu aktif,mahasiswa perlu belajar".Bukan apa, saya sokong 150% topik ini tidak perlu diperdebatkan kerana sudah pasti secara teori dan praktikalnya kehadiran mahasiswa ke universiti adalah untuk menuntut ilmu dan bukan buat benda yang bukan-bukan.Tahniah saudara Muhammad Fadzil!!!

Sesuatu yang membuatkan saya terfikir adalah berkenaan penanda aras yang telah digunakan untuk mengukur tahap kebijaksanaan dan intelektual mahasiswa dengan menjadikan pointer (CGPA) sebagai kunci utama . Saya ingin mengajak rakan-rakan di luar sana untuk bersama-sama kita berfikir sejenak apakah ini sesuatu perkara yang logik atau sebaliknya?.Saya mungkin bersikap pasif apabila mengutarakan komen dan pandangan mengenai isu ini kerana saya juga merupakan mahasiswa di tahun akhir dan juga turut sama aktif berpersatuan dengan memegang jawatan tertinggi dalam persatuan tersebut,juga ada turut terlibat dalam kancah politik di kampus dengan menjadi sebahagian dari unit yang terlibat bersama-sama calon fakulti dan umum untuk masuk bertanding.Ini pengalaman yang amat berharga , yang apabila saya mengutarakan satu persoalan didalam wall post di Facebook (FB), tidak ramai dikalangan rakan-rakan mahasiswa yang ingin memberi komen dan membalas pandangan secara peribadi mengenai isu ini.Apakah ini persoalannya?

Mahasiswa dan Dunia Buku

Kampus memang menghairahkan! . Sekali lihat dan tengok seolah-olah sebagai satu kawasan pasar malam di mana bersesak-sesak orang berlumba untuk mendapatkan sesuatu benda. Begitu juga mahasiswa, alam mahasiswa dan dunia buku memang tidak boleh dipisahkan. Lihat sahaja di perpustakan di seluruh universiti di dunia,pasti sesak dan penuh kesibukan mahasiswa mengulangkaji pelajaran dan berhempas pulas menyiapkan research thesis dissertation dan sebagainya untuk memperolehi sarjana muda/master/Phd.

Ditambah lagi dengan pelbagai fakulti dan akademi yang dibina semata-mata untuk menyiapkan mahasiwa dari pelbagai kepakaran dan tidak hanya tertumpu hanya satu kepakaran dalam arus globalisasi pada hari ini. Ini sesuatu yang baik,mahasiswa harus teruskan perjuangan kehidupan sebagai mahasiswa di kampus dan tidak perlu untuk merasa bosan dan serik meskipun terpaksa "extend" banyak semester disebabkan terkandas dalam paper yang telah diambil pada semester tersebut.

Ini perkara biasa cukup menghiburkan mahasiswa. Jika mahasiswa tersebut seorang yang kaki buku, sudah pasti peluang yang telah diberikan oleh pihak perpustakaan universiti untuk meminjam banyak buku dalam satu masa dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.Apatahlagi judul buku dan pengeluar-pengeluar buku kebanyakannya datang dan diterbitkan dari seantero dunia dengan menampilkan penulis-penulis yang cukup berpengalaman dan terpelajar dengan "title" Dr., Prof.Madya,Profesor dan sebagainya.

Mahasiswa Gerakan & Gerakan Mahasiswa

Benarlah kata peribahasa "lain orang lain ragam" disangkakan panas berpanjangan,rupanya hujan ditengahari . Itulah peribahasa yang saya rasakan amat sesuai untuk diperkatakan mengenai sekolompok mahasiswa yang bergiat aktif dalam persatuan yang berdaftar secara sah dibawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti, yang sememangnya telah menimbulkan banyak rungutan dan tidak senang sesetengah pihak terhadap status mereka yang masih bergelar mahasiswa universiti.

Saya tidak berniat untuk menyebelahi mana-mana pihak,dan mungkin penulisan ini bakal mencetuskan perang dunia ke-3 , dimana mungkin akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mahasiswa yang masih belajar dan bergelar mahasiswa berkenaan tentang penulisan saya ini. Dari amatan saya , tidak banyak mahasiswa yang terlibat secara langsung dan berusaha menghadirkan diri untuk menyertai mana-mana persatuan sekaligus bergiat aktif berdaftar sebagai ahli dengan persatuan tersebut.

akan bersambung....


MOHD SABRI BIN JAMALUDIN
Akademi Sukses SainS Al-Qur`an
Consultancy & Training (ASSA).

Monday, January 17, 2011

Santai Minda Bersama Abang Superhero





Assalamualaikum wbt…

Jam di tangan menunjukkan 5.10 minit petang bersamaan 17 Januari 2011 sudah pasti petang-petang macam ini , sedap tidur kerana kepenatan berkuliyah di saat di semester terakhir ini . Entah kenapa , petang ini , abang superhero teringin sangat hendak menaip dan menulis sesuatu untuk dipublishkan dalam blog rasmi abang superhero selesai sahaja siap menulis.

Januari 2011 alangkah sekejap rasanya masa berlalu , makan kuliah dan tidur tup tap tup tap dah 23 tahun umur abang superhero . Terasa juga diri ini sudah banyak berubah apatahlagi cirri fizikal seolah-olah sudah tua dewasa , cepat matang diri abang ini . Walau apa pun, apa cara dan bagaimana sekalipun pemberian Allah , harus dan wajib ke atas kita untuk mensyukuri dengan sebaiknya kerana takut-takut abang dan rakan-rakan yang berada di luar sana turut sama tergolong serta masuk dalam kumpulan orang munafik yang kerapkali kufur akan nikmat-nikmat Allah di atas muka bumi ini .

Bila sebut 23 tahun , sudah tentu hampir 23 tahun mengecapi hidup di dunia ini . Bak kata orang tua dulu-dulu , “Banyak Makan Garam” symbol kepada banyak pengalaman dan pengetahuan terhadap sesuatu perkara . Kalau ditanya abang superhero tentang garam , sudah terbayang di fikiran abang tentang mangga masam di belakang rumah abang di Negeri Sembilan. Apa tidaknya , cuba rakan-rakan semua bayangkan alangkah nikmatnya jika mangga masam itu , dihiris demi dihiris kemudian dicelup dengan lautan kicap yang bercampur garam ditambah cili sikit (lidah orang nogori) baru terasa “hot” hidup ini. Meleleh bukan ?..hehe

Ya, kegagalan dan kejayaan itu lumrah dalam hidup abang superhero . Walau title “superhero” tak semua benda abang menjadi hero , ada juga benda-benda tertentu yang abang kantoi ,al-maklum abang Cuma manusia biasa yang masih dalam tempoh belajar sehingga hari ini . Kembali ke sekolah , teringat sewaktu abang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Yusof, Askar Melayu Diraja, Taiping Perak merupakan sekolah pertama abang mendapat pendidikan rendah dalam system pendidikan hari ini. Menariknya ketika waktu ini , geografi dan struktur binaan sekolah semuanya dibina dengan ala-ala sekolah inggeris . Guru-guru pula semuanya diajar dan diwajibkan mengajar dalam Bahasa Inggeris . Kalau dah cikgu pandai Inggeris , apatah lagi anak muridnya seperti abang juga turut “power” cakap Inggeris . Hehe .Benar,memang kami diajar dan dilatih cakap inggeris. Manisnya pada waktu dan ketika itu , abang dinobatkan sebagai pelajar terbaik tahun 3 dan 4 di sekolah tersebut disamping menyandang pelajar terbaik dalam paper Bahasa Inggeris iaitu tertinggi, ingat lagi markah abang ialah , jangan terkejut tau 96/100..Power tak?..hehe..

Malangnya,tidak lama berada di bumi Perak , kemudian ayah abang terpaksa posting ke Melaka . Terakhir sekolah di Perak setakat darjah 4 sahaja . Walaubagaimanapun manis memang manis, seronok sangat,tetapi sedih juga kerana terpaksa meninggalkan cinta monyet disana . Wah,jangan terkejut ye, pada waktu itu , abang juga sudah punya ramai peminat perempuan . Ingat lagi nama cinta-cinta monyet abang dulu iaitu Wahida dan Asirah.Hehe.2 orang lagi tu.Kedua-duanya menjadi rebutan ramai pria-pria seangkatan abang pada waktu itu . Apakan daya , hidup perlu diteruskan dan perjalanan cinta monyet abang berakhir setakat itu dan terpaksa berangkat balik ke Melaka.Goodbye Wahida dan Asirah!!!

Sememangnya , pada waktu itu saat dinantikan sudah sampai masanya . Teringat abang pada waktu itu ditawarkan untuk “lompat darjah” iaitu dari darjah 3 ke darjah 5 kerana keputusan peperiksaan mendapat terbaik dan tertinggi di sekolah dan juga daerah Selama,Taiping ketika itu. Sejurus dapat result peperiksaan lompat tersebut terus balik flat Danero Line, di sinilah kakitangan tentera di tempatkan dalam satu kawasan perumahan yang luas entah berapa hektar persegi.Memang cukup luas. Panggil emak dan khabarkan tentang berita tersebut,emak gembira . Alhamdulillah.syukur dan keceriaan dimuka emak jelas terpancar.



Waktu itu , ingat lagi abang telah dihadiahkan oleh pak teh abang sepasang kasut “Roller Blade” . Yelah, pada waktu dan ketika itu , permainan kasut itu cukup popular dan sentiasa menjadi sebutan rakan-rakan abang seangkatan waktu itu . Mujurlah pak teh duduk berhampiran juga dengan keluarga abang pada waktu dan ketika itu , iaitu di Ipoh. Jarak Ipoh dan Taiping hampir 100 KM juga jauhnya. Al-maklum pada waktu dan ketika itu, pak teh masih bujang dan teruna.Hehe.Syukur Alhamdulillah.

Jika diimbas kembali pada waktu itu, keluarga abang sangat susah. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang lebih kurang begitulah . Zaman tersebut tahun 90 an , faham-faham jelah pada waktu itu pelbagai krisis ekonomi dan krisis politik berlaku di Malaysia . Ayah bekerja tentera dengan pangkat paling bawah , bukan pegawai atasan yang jauh lebih dihormati dan disanjung tinggi. Ingat lagi , walaupun berpuluh-puluh tawaran yang diperolehi oleh ayah untuk kenaikan pangkat tapi ayah tolak dengan mentah-mentah kerana masalah tertentu. Bayangkan sahajalah , jika ayah pergi kursus demi kursus yang dicadangkan oleh pegawai atasan ayah waktu itu sudah tentu pangkat ayah kapten/mejar paling rendah dan mungkin colonel paling tingginya . Ayah menamatkan kerjayanya sebagai tentera dengan pangkat Koperal (B).

Mungkin ini cerita benar yang ingin abang kongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Tiada unsure penambahan dan unsure penipuan yang cuba abang kongsikan dengan rakan-rakan yang membaca dalam blog rasmi abang superhero ini. Ketika ayah bekerja sebagai tentera dulu , gaji ayah cukup-cukup untuk membayar rumah yang dibeli di Tampin,Negeri Sembilan dan makan minum keluarga abang di Perak. Siang bekerja dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang . Malamnya pula bekerja sebagai “ Attendant pam minyak” di Shell berhampiran flat kami. Ingat lagi gaji kerja sebagai attendant hanya RM 10 selama 8 jam. Kata ayah abang , RM 10 pun sudah cukup untuk membesarkan abang pada waktu ketika itu , ya memang benar , mungkin jauh lebih cukup ditambah dengan kesungguhan ayah dan keberkatannya untuk menyekolahkan dan membelanjakan anak dan isteri dia waktu itu hingga abang Berjaya dengan suksesnya . Syukur Alhamdulillah.

Mungkin ramai tidak tahu , cerita sebenar kisah hidup abang sebagai anak sulong dalam keluarga ditambah bergelar mahasiswa Universiti ternama di Malaysia. Susah dan payah hidup ini sudah abang rasai hingga saat ini . Mungkin panjang lagi untuk abang tulis , dan i.allah ikuti penulisan dan terus menyokong penulisan abang dan konsultan abang yang bernama Akademi Sukses Sains Al-Qur`an Consultancy & Training selaku Pengarah Urusan .

Sememangnya abang bersyukur di saat jatuh bangun gagal dan cemerlang dalam hidup ini , akhirnya abang Berjaya dengan jayanya dengan berkat ibubapa,keluarga dan bekas-bekas guru sekolah lama dulu yang mana sehingga ke saat ini , abang masih turun ke sekolah lama untuk berkongsi dan mencurahkan sedikit banyak perkongsian ilmu yang boleh dikongsikan bersama-sama adik-adik yang masih bergelar pelajar di SMRA Repah dan SMA Sains Kuala Pilah yang kedua-duanya terletak di Negeri Sembilan.Terima Kasih semua.

Doakan jua moga abang dapat menyiapkan Ijazah Sarjana Muda ini sekaligus terus menyambung Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dengan jayanya.Tanpa ada rintangan dan halangan yang dilalui.Abang sedaya upaya untuk memotivasikan diri untuk menjadikan diri abang sebagai role model terbaik rakan-rakan di luar sana yang sehingga kini masih menyokong dan terus menghulur sumbangan dalam menjayakan medan perkongsian,dakwah dan ukhuwah islamiah ini.

Kita jumpa lagi …SEMOGA ANDA SEMUA TERUS SUKSES DENGAN DIRI ANDA SEMUA…SYUKURILAH SEMUA NIKMAT ALLAH…

IKhlas dari,

MOHD SABRI BIN JAMALUDIN

PENGARAH URUSAN

AKADEMI SUKSES SAINS AL-QURAN

CONSULTANCY & TRAINING

Siri Motivasi 1 : Sentiasa Merasakan Diri Tidak Cukup & Puas



Aku bosanlah , aku tak puas lagi hidup ini!
Mana cukup banyak ini , aku nak lagi !
Kenapa tak boleh pulak , aku naklah!

Mesti kita selalu dengar kan , rungutan demi rungutan seperti di atas seharian dalam kehidupan kita . Tahu ke tidak mengapa rungutan seumpama itu terkeluar dari mulut kita ? . Mungkin tahu dan mungkin tidak tahu , walau apa pun abang superhero akan memberitahu kepada anda semua di luar sana .

Tahukah kita semua bahawa ramai manusia yang hidup pada hari ini , sering tidak puas dan berasa cukup dengan apa yang mereka miliki pada hari ini . Mereka sentiasa bernafsu besar dan ghairah untuk mendapatkan sesuatu yang lebih dan lebih daripada apa yang mereka punya pada hari ini . Apakah ini juga turut terjadi kepada diri kita ? . Apa , anda pernah alami situasi sedemikian ? . Tentu menarik bukan ? , ingin berkongsi!

Ya , tentu menarik dan mendapat perhatian bukan . Ini merupakan reality yang dihadapi oleh kita. Tiada jawapan “tidak” yang patut terkeluar dari mulut kita , kerana fitrah kejadian manusia sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri mereka dan jaminan keselesaan dalam kehidupan atas kebaikan yang bakal mereka perolehi .

Ya, saya ingin satu pekerjaan yang punya jaminan masa tua saya , berpencen , bergaji lumayan , siapa yang boleh tawarkan kepada saya ? , saya nak , saya punya pelajaran dan pendidikan yang tinggi mengapa perlu saya hidup susah dan bergaji rendah ?. A pa “class”. Ya , banglo sebuah , mercedez sebuah , orang gaji dan sebagainya saya nak !!!.. Biasakan kita dengar ?

Kebiasaannya mereka yang tidak pernah merasa puas ini , mempunyai motivasi diri yang tinggi . Tidak cukup dengan itu , mereka juga punya wawasan dan matlamat masa depan yang jauh lebih baik dari manusia lain . Mereka bersemangat tinggi, tidak kenal erti putus asa , berjiwa besar dan tidak peernah kenal erti jemu dan bosan dalam perjalanan untuk mengapai sebuah kejayaan dan meningkatkan nilai kualiti diri dan kehidupan mereka . Ini merupakan ciri positif yang perlu kita contohi dan “copy paste” dalam diri kita dengan sebanyak-banyaknya. Rugi jika kita tidak belajar dan menjadikan mereka ini sebagai sifu dalam kehidupan kita andai kita juga turut menginginkan kejayaan seperti mereka.

Tetapi…

Tidak semua kejayaan ini merupakan dari sumber dan jalan yang baik dan terpuji serta berlandaskan syariat selaku orang yang bergelar muslim islam . Apatah lagi mencari sesuatu kekayaan dengan menggunakan hak milik orang lain diambil , dicuri tanpa minta izin terlebih dahulu untuk digunakan dan sebagainya.

Islam mengajar kita supaya berteliti sebelum merancang dan melakukan sesuatu . Apatah lagi Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa bermotivasi dalam hidup disamping menjadikan pengukur kayu arasnya adalah ajaran agama . Pernah kan kita tengok , orang itu seorang ahli perniagaan yang terkenal dan dihormati diseluruh dunia tetapi mempunyai masalah keluarga yang amat serius . Kesibukan menyebabkan porak peranda , kacau bilau dan membawa kepada penceraian di antara suami dan isteri . Mengapakah ini terjadi , dan bukankah mereka sudah punya segala-galanya ?

Dan...

Ada juga kita melihat , seorang yang mempunyai perniagaan yang jauh lebih hebat dan luar biasa kekayaannya , memiliki harta yang banyak , sering memanfaat dan sedekah jariah kepada mereka yang faqir miskin serta sentiasa memahami antara satu sama lain . Walau kesibukan membelenggu dia , tidak pernah sesekali mencampuradukkan urusan kerja dan rumahtangga . Cukup profesional bukan ?

Kesimpulannya :

1. Keberkatan HIDUP itu adalah saham dan bonus Allah kepada kita , bersama kita berlumba-lumba untuk mendapatkannya .

2.Cinta dunia itu tidak salah , cintakan harta itu baik sifatnya , tetapi sifat Tamak pada dunia dan harta itu lebih MERBAHAYA!

3.Allah suka orang yang sentiasa menghidupkan diri mereka dengan sifat dan perwatakan yang senantiasa motivasi ( senyum, bersemangat , memahami serta membantu antara satu sama lain)..


Ditulis oleh :
MOHD SABRI BIN JAMALUDIN
Akademi Sukses Sains Al-Qur`an Consultancy & Training (ASSA).

Saturday, January 15, 2011

Pengurusan bakat, peranan masa depan IPT


KETIKA Datuk Seri Najib Razak, membentangkan Bajet 2011 di Parlimen, satu perkara yang disentuh ialah keperluan menyuburkan bakat bagi meningkatkan keupayaan sumber manusia menyahut cabaran Model Baru Ekonomi (MBE). Mengenal, membangun dan mengurus bakat adalah faktor kejayaan asas bagi merealisasikan hasrat pembangunan ekonomi berasaskan ilmu dan teknologi tinggi.

Malaysia adalah negara yang baru membangun. Kita tidak memiliki tradisi penyelidikan untuk membangun industri. Sebahagian besar industri negara bergantung kepada teknologi dan kepakaran asing. Walaupun usaha menyediakan ‘asas pembangunan teknologi tempatan’ sudah bermula sejak awal 1980-an melalui galakan penyelidikan dan pertumbuhan industri kecil dan sederhana, penerapan keupayaan membina teknologi tinggi masih terbatas. Pusat penyelidikan berasaskan pembangunan industri masih belum mampu membangun teknologi tempatan berimpak tinggi.

Ringkasnya, di Malaysia bakat dalam konteks transformasi ilmu ialah ilmuwan dan penyelidik berkaliber yang umumnya terkumpul di institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka mempunyai tugasan asas sebagai pendidik untuk pembangun sumber manusia berilmu.
Pada masa sama, mereka diperlukan untuk menjalankan penyelidikan fundamental bagi meneroka ilmu baru. Hasil penyelidikan perlu diterbitkan untuk dikongsi bersama rakan sejawat. Masyarakat juga mengharapkan mereka menjadi ‘intelek awam’ untuk menyumbangkan idea dan pandangan demi kepentingan masyarakat.

Ramai yang berbakat di IPT masih kurang menyerlah. Di kalangan pembuat dan pelaksana dasar, mereka berasakan Malaysia ketandusan bakat. Ada yang percaya, untuk memastikan kejayaan MBE, kita perlu membawa bakat dari luar. Usaha mempelawa warga Malaysia yang berhijrah ke negara maju dan mengukir nama di sana, dikatakan cara yang terbaik untuk membawa pulang mereka yang berbakat!

Benarkah IPT tempatan ketandusan bakat atau kita belum berjaya mengurus dan menonjolkan mereka yang berbakat? Apakah negara perlu menggubal dasar baru mengurus bakat? Persepsi ketandusan bakat di IPT perlu dihuraikan berasaskan senario berikut:

Pertama: Kita perlu mengenali siapa ahli akademik? Mereka adalah individu yang mencapai kejayaan cemerlang dalam ijazah pertama dan mempunyai ciri berminat untuk meneroka ilmu. Keintelektualan akademik adalah prasyarat pertama menjadi ahli akademik. Berikutnya mereka perlu melakukan penyelidikan siswazah untuk memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafah. Ini adalah latihan pertama untuk membangun kepakaran menyelidik dan lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima tahun. Dalam konteks akademik, ijazah PhD adalah lesen untuk membolehkan seseorang melakukan penyelidikan tanpa bantuan penyelia. Di kebanyakan negara, ia juga menjadi lesen untuk menjadi ahli akademik.
Kepakaran ahli akademik masih perlu diasah melalui penyelidikan dan penulisan. Ahli akademik dalam kepelbagaiannya, perlu mencari ‘nic’ akademik tersendiri. Berasaskan ‘nic’ ini, mereka perlu meneroka ilmu baru dan memperkenal dapatannya melalui penulisan ilmiah dan pengajaran. Dalam keadaan lazim, kepakaran hanya dikenali atau diiktiraf oleh rakan setarafnya. Sistem pengiktirafan dalam dunia akademik adalah melalui proses penilaian untuk menjadi profesor madya dan akhirnya untuk jawatan profesor. Apabila menjadi profesor, lazimnya pada usia antara 45 hingga 50 tahun, barulah seseorang akademik diiktiraf ‘pakar’ dalam bidang pengkhususannya.

Kedua: Apakah bakat yang diharapkan untuk menyokong MBE bererti mereka yang dapat menjana produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan? Jika ini yang diharapkan, universiti bukan tempatnya mencari bakat dimaksudkan! Kerajaan perlu mencari pendekatan baru dan berstrategi untuk mencapai hasrat ini dan universiti boleh memainkan peranan penting menjayakannya. Universiti boleh menjadi tempat membangun dan pengasah bakat baru melalui program siswazah dan penyelidikan yang menjurus kepada pembangunan teknologi tinggi dalam bidang keutamaan negara. Tempat mengurus bakat perlu diwujudkan di luar sekitaran universiti!

Kerajaan menerusi kerjasama universiti, badan berkanun atau swasta perlu mewujudkan lebih banyak pusat penyelidikan bersifat pembangunan produk dalam sekitaran yang bebas dan kondusif. Kerajaan perlu menganggap proses ini adalah sebahagian pembangunan asas negara. Pada peringkat awal, tumpuan perlu diberi kepada pembangunan bakat dan infrastruktur. Matlamat akhir pastinya menghasilkan produk atau perkhidmatan berteknologi tinggi atau nilai tambah tinggi.

Dasar dan strategi pembangunan semasa sangat mengelirukan. Universiti dan ahli akademiknya dilihat sebagai sekitaran yang berupaya menghasilkan produk berteknologi tinggi. Sejumlah besar dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) disalurkan ke universiti untuk tujuan ini. Walaupun universiti masih berupaya memikul tanggungjawab berat ini, hakikatnya secara jangka panjang ia hanya membantutkan pertumbuhan universiti ke arah kecemerlangan akademik.

Sebahagian ahli akademik perlu berubah daripada penjana ilmu kepada penjana teknologi. Akibatnya, mereka kehilangan bakat asli dan pada masa sama, belum tentu dapat mengasah bakat baru dalam sekitaran mencabar.

Dalam menjayakan hasrat MBE dan pengurusan bakat, IPT perlu dilihat sebagai institusi yang memainkan peranan lebih luas dan bukan sekadar tempat bakat digunakan untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi. Universiti adalah gedung ilmu yang ada sekumpulan bakat besar negara yang tugasnya untuk mencetus idea baru, membimbing perubahan dasar dan hala tuju pembangunan, pembangun dan mengasah bakat baru dan menjadi sumber ilham serta aspirasi generasi muda negara.
Related Posts with Thumbnails