Monday, January 17, 2011

Santai Minda Bersama Abang Superhero





Assalamualaikum wbt…

Jam di tangan menunjukkan 5.10 minit petang bersamaan 17 Januari 2011 sudah pasti petang-petang macam ini , sedap tidur kerana kepenatan berkuliyah di saat di semester terakhir ini . Entah kenapa , petang ini , abang superhero teringin sangat hendak menaip dan menulis sesuatu untuk dipublishkan dalam blog rasmi abang superhero selesai sahaja siap menulis.

Januari 2011 alangkah sekejap rasanya masa berlalu , makan kuliah dan tidur tup tap tup tap dah 23 tahun umur abang superhero . Terasa juga diri ini sudah banyak berubah apatahlagi cirri fizikal seolah-olah sudah tua dewasa , cepat matang diri abang ini . Walau apa pun, apa cara dan bagaimana sekalipun pemberian Allah , harus dan wajib ke atas kita untuk mensyukuri dengan sebaiknya kerana takut-takut abang dan rakan-rakan yang berada di luar sana turut sama tergolong serta masuk dalam kumpulan orang munafik yang kerapkali kufur akan nikmat-nikmat Allah di atas muka bumi ini .

Bila sebut 23 tahun , sudah tentu hampir 23 tahun mengecapi hidup di dunia ini . Bak kata orang tua dulu-dulu , “Banyak Makan Garam” symbol kepada banyak pengalaman dan pengetahuan terhadap sesuatu perkara . Kalau ditanya abang superhero tentang garam , sudah terbayang di fikiran abang tentang mangga masam di belakang rumah abang di Negeri Sembilan. Apa tidaknya , cuba rakan-rakan semua bayangkan alangkah nikmatnya jika mangga masam itu , dihiris demi dihiris kemudian dicelup dengan lautan kicap yang bercampur garam ditambah cili sikit (lidah orang nogori) baru terasa “hot” hidup ini. Meleleh bukan ?..hehe

Ya, kegagalan dan kejayaan itu lumrah dalam hidup abang superhero . Walau title “superhero” tak semua benda abang menjadi hero , ada juga benda-benda tertentu yang abang kantoi ,al-maklum abang Cuma manusia biasa yang masih dalam tempoh belajar sehingga hari ini . Kembali ke sekolah , teringat sewaktu abang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Yusof, Askar Melayu Diraja, Taiping Perak merupakan sekolah pertama abang mendapat pendidikan rendah dalam system pendidikan hari ini. Menariknya ketika waktu ini , geografi dan struktur binaan sekolah semuanya dibina dengan ala-ala sekolah inggeris . Guru-guru pula semuanya diajar dan diwajibkan mengajar dalam Bahasa Inggeris . Kalau dah cikgu pandai Inggeris , apatah lagi anak muridnya seperti abang juga turut “power” cakap Inggeris . Hehe .Benar,memang kami diajar dan dilatih cakap inggeris. Manisnya pada waktu dan ketika itu , abang dinobatkan sebagai pelajar terbaik tahun 3 dan 4 di sekolah tersebut disamping menyandang pelajar terbaik dalam paper Bahasa Inggeris iaitu tertinggi, ingat lagi markah abang ialah , jangan terkejut tau 96/100..Power tak?..hehe..

Malangnya,tidak lama berada di bumi Perak , kemudian ayah abang terpaksa posting ke Melaka . Terakhir sekolah di Perak setakat darjah 4 sahaja . Walaubagaimanapun manis memang manis, seronok sangat,tetapi sedih juga kerana terpaksa meninggalkan cinta monyet disana . Wah,jangan terkejut ye, pada waktu itu , abang juga sudah punya ramai peminat perempuan . Ingat lagi nama cinta-cinta monyet abang dulu iaitu Wahida dan Asirah.Hehe.2 orang lagi tu.Kedua-duanya menjadi rebutan ramai pria-pria seangkatan abang pada waktu itu . Apakan daya , hidup perlu diteruskan dan perjalanan cinta monyet abang berakhir setakat itu dan terpaksa berangkat balik ke Melaka.Goodbye Wahida dan Asirah!!!

Sememangnya , pada waktu itu saat dinantikan sudah sampai masanya . Teringat abang pada waktu itu ditawarkan untuk “lompat darjah” iaitu dari darjah 3 ke darjah 5 kerana keputusan peperiksaan mendapat terbaik dan tertinggi di sekolah dan juga daerah Selama,Taiping ketika itu. Sejurus dapat result peperiksaan lompat tersebut terus balik flat Danero Line, di sinilah kakitangan tentera di tempatkan dalam satu kawasan perumahan yang luas entah berapa hektar persegi.Memang cukup luas. Panggil emak dan khabarkan tentang berita tersebut,emak gembira . Alhamdulillah.syukur dan keceriaan dimuka emak jelas terpancar.



Waktu itu , ingat lagi abang telah dihadiahkan oleh pak teh abang sepasang kasut “Roller Blade” . Yelah, pada waktu dan ketika itu , permainan kasut itu cukup popular dan sentiasa menjadi sebutan rakan-rakan abang seangkatan waktu itu . Mujurlah pak teh duduk berhampiran juga dengan keluarga abang pada waktu dan ketika itu , iaitu di Ipoh. Jarak Ipoh dan Taiping hampir 100 KM juga jauhnya. Al-maklum pada waktu dan ketika itu, pak teh masih bujang dan teruna.Hehe.Syukur Alhamdulillah.

Jika diimbas kembali pada waktu itu, keluarga abang sangat susah. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang lebih kurang begitulah . Zaman tersebut tahun 90 an , faham-faham jelah pada waktu itu pelbagai krisis ekonomi dan krisis politik berlaku di Malaysia . Ayah bekerja tentera dengan pangkat paling bawah , bukan pegawai atasan yang jauh lebih dihormati dan disanjung tinggi. Ingat lagi , walaupun berpuluh-puluh tawaran yang diperolehi oleh ayah untuk kenaikan pangkat tapi ayah tolak dengan mentah-mentah kerana masalah tertentu. Bayangkan sahajalah , jika ayah pergi kursus demi kursus yang dicadangkan oleh pegawai atasan ayah waktu itu sudah tentu pangkat ayah kapten/mejar paling rendah dan mungkin colonel paling tingginya . Ayah menamatkan kerjayanya sebagai tentera dengan pangkat Koperal (B).

Mungkin ini cerita benar yang ingin abang kongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Tiada unsure penambahan dan unsure penipuan yang cuba abang kongsikan dengan rakan-rakan yang membaca dalam blog rasmi abang superhero ini. Ketika ayah bekerja sebagai tentera dulu , gaji ayah cukup-cukup untuk membayar rumah yang dibeli di Tampin,Negeri Sembilan dan makan minum keluarga abang di Perak. Siang bekerja dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang . Malamnya pula bekerja sebagai “ Attendant pam minyak” di Shell berhampiran flat kami. Ingat lagi gaji kerja sebagai attendant hanya RM 10 selama 8 jam. Kata ayah abang , RM 10 pun sudah cukup untuk membesarkan abang pada waktu ketika itu , ya memang benar , mungkin jauh lebih cukup ditambah dengan kesungguhan ayah dan keberkatannya untuk menyekolahkan dan membelanjakan anak dan isteri dia waktu itu hingga abang Berjaya dengan suksesnya . Syukur Alhamdulillah.

Mungkin ramai tidak tahu , cerita sebenar kisah hidup abang sebagai anak sulong dalam keluarga ditambah bergelar mahasiswa Universiti ternama di Malaysia. Susah dan payah hidup ini sudah abang rasai hingga saat ini . Mungkin panjang lagi untuk abang tulis , dan i.allah ikuti penulisan dan terus menyokong penulisan abang dan konsultan abang yang bernama Akademi Sukses Sains Al-Qur`an Consultancy & Training selaku Pengarah Urusan .

Sememangnya abang bersyukur di saat jatuh bangun gagal dan cemerlang dalam hidup ini , akhirnya abang Berjaya dengan jayanya dengan berkat ibubapa,keluarga dan bekas-bekas guru sekolah lama dulu yang mana sehingga ke saat ini , abang masih turun ke sekolah lama untuk berkongsi dan mencurahkan sedikit banyak perkongsian ilmu yang boleh dikongsikan bersama-sama adik-adik yang masih bergelar pelajar di SMRA Repah dan SMA Sains Kuala Pilah yang kedua-duanya terletak di Negeri Sembilan.Terima Kasih semua.

Doakan jua moga abang dapat menyiapkan Ijazah Sarjana Muda ini sekaligus terus menyambung Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dengan jayanya.Tanpa ada rintangan dan halangan yang dilalui.Abang sedaya upaya untuk memotivasikan diri untuk menjadikan diri abang sebagai role model terbaik rakan-rakan di luar sana yang sehingga kini masih menyokong dan terus menghulur sumbangan dalam menjayakan medan perkongsian,dakwah dan ukhuwah islamiah ini.

Kita jumpa lagi …SEMOGA ANDA SEMUA TERUS SUKSES DENGAN DIRI ANDA SEMUA…SYUKURILAH SEMUA NIKMAT ALLAH…

IKhlas dari,

MOHD SABRI BIN JAMALUDIN

PENGARAH URUSAN

AKADEMI SUKSES SAINS AL-QURAN

CONSULTANCY & TRAINING

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails